^ ^ Tanganku akan hancur di dalam tanah, yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku.Moga sesiapa yang membaca tulisanku,doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)~Iman Syafie ~

Monday, November 23, 2009

dEriA KeEnam Adi PutRa AbD.GhAni???

aq nk kongsi ngan sume orang satu artikel Kosmo yg aq simpan ..agak best utk dikongsikan.Akhbar Kosmo(Ekstra),hari Ahad bertarikh 27 Jan.2008 dua tahum yang lalu..jeng..jeng..!!

Biasanya setiap manusia yang normal akan mempunyai 5 deria. Deria keenam??itulah sekarang yang menjadi isu perdebatan di kalangan pakar -pakar perubatan akan rasionalnya deria keenam.Adik Adi Putra Abdul Ghani,yang tahun ini berumur 10 tahun
(2009)dikatakan mempunyai deria keenam??
APAKAH BENAR?
dan apa yg ingin aq kongsikan di sini bukannya psl deria keenam tetapi adalah tntng satu wawancara bersama beliau oleh wartawan Kosmo,Zamri Rambli.













aKuLah AdiPutRa!! he..he..



Dari mana Adi Putra dapat ilham nak cipta Sajak Akulah Adi Putra Anak Merdeka?
ADI PUTRA:Maksudnya masa Adi buat apa ye?Adi dapat sebelum tidur .Dalam pukul 3 atau 4 pagi.

Macam mana boleh terfikir?

ADI PUTRA: Tak tahu. Tiba-tiba terlintas dalam fikiran.Adi karang dan ambil masa dua hari.


Dalam sajak itu, Adi mengajak kita bangunkan negara dengan bertemakan Surah Yasin dan matematik.Kenapa Surah Yasin dan Matematik?
ADI PUTRA: Sebab Matematik itu tunjang ilmu dan Yasin itu penerang hati.


Adi baru berusia sembilan tahun(2008) tapi ada banyak maklumat yang Adi tahu selain matematik.Dari mana Adi tahu semua itu?Adi membaca buku atau ada orang yang ajar?

ADI PUTRA:Ilham. Datang tiba0tiba dan ia muncul tengah malam atau awal pagi.Contohnya Adi fikir pasal benda tu,tiba-tiba ia datang.Apa yang Adi hajt ia sampai dalm beberapa saat atau minit.Bukan datang dari mimpi.


Adi kata masa di sekolah dulu(Sekolah Islam Antarabangsa,Gombak) Adi macam 'kereta Ferrari'yang dibawa seperti 'kereta Kancil'.Sebab apa Adi kata macam tu?
ADI PUTRA:Otak Adi ni diibaratkan macam 'kereta Ferrari',tetapi dibuatnya macam budak darjah satu.Maka rosaklah otak Adi.Dekat Malaysia ni bukannya ada orang yang boleh repair otak Adi .Perumpamaan itu Adi terfikir ,macam tu jelah.


Apa yang ingin Adi cipta bila besar nanti?

ADI PUTRA:Insya-Allah,Adi akan cipta dua jenis satelit.Satu satelit angkasa dan satu satelit bumi untuk negara-negara Islam sahaja yang menggunakan password Al-Quran.Satu kita guna kan alif,dua kita gunakan ba' tiga kita gunakan ta'.

Bila besar Adi nak jadi apa?
ADI PUTRA:Adi nak jadi Profesor Matematik Islam.


Adi boleh baca apa yang ada dalam fikiran orang?

ADI PUTRA:Boleh juga.Melalui gerak hati.Tengok badan orang tu Adi boleh baca.Adi boleh terlintas (dalam hati) kalau orang tu datang dengan niat tak baik.

Adi tetap salam ,jangan bersikap sombing. Cuma Adi berdoa pada Allah agar dia tak buat benda jahat.


Adakah letih menjadi seorang genius?

ADI PUTRA:Tak letih dengan Matematik, cuma letih selalu layan ramai orang.Tapi Adi syukur pada Allah.


Sudah berapa banyak Adi hafal Al-Quran?

ADI PUTRA: Adi baru belajar tahfiz.Adi belajar mengaji dan hafaz sekali.Adi dah hafal lebih kurang 11-12 ayat dari Surah Al-Baqarah.



Ha amacam x rse amazing k budak ni??


Sebelum wartawan Kosmo ni pulang Adi Putra sempat menitipkan pesan supaya mengamalkan Surah Al-Insyirah setiap hari.Katanya untuk rejeqi(slank Jawa).

dulu dalam majalah Dewan Pelajar ada gak wawancara bersama Adi Putra. Antaranya Adi Putra ada kata dia suka makan roti bersama Air Milo.Adakah makan roti bersama Air Milo boleh jadi genius?Hal ini berlaku demikian kerana(pmr bm..),Mahatma Gandhi seorang pejuang kebangsaan India yang selalu berpuasa dan very slim ang smart turut ske makan susu dan roti..dan aq selaku penulis Blog ini juga gemar breakfast roti bakar yang disapu madu turut selalu bahagia dan sihat selalu..syukur!!(promote diri).

Jadi makanlah roti untuk SENTIASA SEMANGAT! uk..uk..

















5 comments:

  1. adakah conclusion kat sni..
    kita kne lah mkan roti dan susu selalu??
    ahaks..
    tp..boley la..
    huhu

    ReplyDelete
  2. bolehlah-bolehlah
    makanlah roti selalu
    barat lebuh genius coz makan gandum

    ReplyDelete
  3. tapi kalau boleh, minumlah susu kambing kerana lebih berkhasiat dan merupakan minumam sunnah. mahatma ghandi pon minum susu kambing, bukan lembu....

    ReplyDelete
  4. tapi kalau mkn rti gitu je???bleh jdi ke

    ReplyDelete
  5. tpi lbih baek ikut adi,bace al insyirah

    ReplyDelete